2013 kenangan dan permulaan hidup baru ( 2013 memory and the new life begin)
Permulaan pada tahun 2013 dimulakan dengan mengimbau kembali kenangan-kenangan yang telah hadir menemani aku sepanjang tahun 2012 dan pada tahun-tahun sebelum itu.Perjalanan yang dilalui sedikit demi sedikit mematangkan kita dan mnjadikan kita seorang yang lebih berguna. Semakin banyak perlayaran kita mengenali bumi ciptaan tuhan semakin banyak rasanya kita perlu tahu dan belajar melalui pengalaman sendiri dan pengalaman itu menentukan kita seorang yang pandai bersyukur atau takbur dan seorang yang berjaya atau seorang yang gagal.
Gambar yang terpampang diatas merupakan kartun kegemaran aku yang palaing aku suka masa zaman kanak-kanak dan hingga kini walaupun usia sudah meningkat dewasa. Mungkin ramai menganggap kartun adalah sekadar hiburan sahaja dan melalaikan. Tetapi, pada pandangan aku terdapat idea dan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui hasil karya mereka. Doraemon merupakan perjalan cerita tentang sahabat dan di dalam karyanya ada mengeluarkan cerita tentang pembulian dan pentingnya sahabat. perkara yang penting sekali apabila kita berkuasa jangan tamak dan berlebih-lebih dan riak maka benda yang baik akan menjadi buruk seperti nobita yang selalu tamak dan ingin menggunakan alat bukan untuk kebaikan sahaja tetapi membalas dendam dan niat lain yang salah.
Merungkai kembali kenangan 2012 dan bermulalah perjalanan 2013 yang lebih lebih mematangkan dan berharap perjalanan ini mampu menjadikan aku seorang insan yang lebih berguna dan berjaya. Gamabateh 2013....Chaiyok..good luck and take care all....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan